head> Haiwan: July 2006

Haiwan

Tuesday, July 18, 2006

::.Haiwan.::


  • seekor gajah memerlukan kira-kira 230 kg makanan setiap hari
  • gajah ialah binatang yang paling malu untuk mengawan
  • gajah adalah satu-satunya mamalia yg tidak bley melompat

  • anjing mempunyai 10,000 kali ganda deria bau manusia..jadi deria bau anjing dikatakan dapat mengesan kanser peringkat awal
  • Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia.

  • Penglihatan kucing pada waktu malam adalah enam kali lebih baik dari penglihatan manusia.
  • Air kencing kucing bercahaya dalam gelap
  • Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya
  • Kucing boleh dengar bunyi ultrasound

  • Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai tongkat semasa haiwan itu melompat.
  • Rasanya semua orang pernah melihat kanggaru. Saiznya memang sangat besar tetapi tahukah anda, anak kanggaru yang baru lahir hanyalah sepanjang satu inci sahaja? Anak yang kelihatan seperti ulat ini akan tinggal di dalam kantung ibunya sehingga berupaya hidup bersendirian.
  • Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang.

  • Dianggarkan berjuta-juta pokok didunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kekacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.

  • Landak ialah haiwan yang mempunyai banyak duri di seluruh tubuhnya. Duri ini digunakan sebagai alat pertahanan diri ketika diserang musuh. Tahukah anda, seekor landak yang besar mempunyai lebih 30 000 duri di seluruh tubuhnya..

  • Lembu adalah haiwan yang buta warna, oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan didepan matanya sama ada kain merah atau kuning.
  • Seekor lembu sepanjang hayatnya memberikan sebanyak
    200,000 gelas susu.

  • Zirafah hanya tidur selama 20 minit dalam tempoh 24 jam dan ia tidak pernah duduk atau baring seumur hidup. Manakala beruang koala menghabiskan masa 22 jam sehari untuk tidur

  • Kebanyakan ayam jantan berkelip sebelah mata saja pada satu satu masa.

  • Seekor kuda punya lebih 18 tulang dari seorang manusia.

  • Tikus tak boleh muntah. Sebab itu racun tikus amat berkesan
    membunuhnya
  • Tikus mondok boleh menggali lubang sedalam 91 meter ( 300 kaki )
    dalam tempoh satu malam.
  • Beruang dewasa boleh berlari sepantas kuda

  • Ngauman singa boleh didengar sehingga jarak 5 batu
  • Seekor singa di hutan biasanya membunuh lebih dari 20 mangsa setiap tahun.

  • Seekor badak yang dewasa boleh menelan separuh badan buaya yang sebesar 12 kaki panjang.
  • Badak berupaya membuka mulutnya sehingga boleh memuatkan kanak-kanak setinggi empat kaki

  • Unta mempunyai tiga kelopak mata untuk melindungi matanya semasa ribut pasir

  • cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
    oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

  • lipas bley hidup 9 hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan

  • Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  • Labah-labah betina akan membunuh dan seterusnya memakan pasangannya (labah-labah jantan) sebaik selesai mengawan.

  • Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

  • Siput babi merayap pada kadar 0.0313 meter sejam.
  • Siput mengawan hanya sekali dalam hidupnya...siannye
  • siput bley tido sehingga 3 thn

  • Lintah ada empat hidung

  • Cacing pita akan makan diri sendiri kalau tak jumpa makanan.

  • Panjang lidah sesumpah dua kali panjang dari badannya.

  • Mengapa ular suka 'menjelirkan' lidahnya keluar? Ular menjulur lidahnya keluar dan masuk kerana ingin mengetahui keadaan udara di sekelilingnya. Ular mempunyai sebuah organ di lelangitnya yang boleh menguji udara yang 'terlekat' pada lidahnya.
  • Sejenis ular 'Rattlesnake' boleh 'melihat' haba - sesuatu yang mustahil bagi manusia kerana kita merasa haba melalui kulit. Kebolehan ini digunakan reptilia ini untuk menangkap haiwan pada waktu malam.

  • katak adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh muntah jika katak muntah maka katak akan mengeluarkan seluruh isi perutnya (termasuk organ penghadamannya)

  • Kura-kura merupakan haiwan yang boleh hidup paling lama - iaitu sekitar 150 tahun. 152 tahun adalah rekod paling lama pernah dicatatkan.

  • Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
  • Jika anda letak ikan emas di dalam gelap, ianya akan kelihatan berwarna putih

  • Belut elektrik mampu mengeluarkan arus elektrik yang mampu menyalakan 12 buah lampu dan mampu membunuh manusia! Elektrik yang terdapat di tubuh belut ini sebenarnya adalah bertujuan untuk membunuh mangsanya.

  • Paus biru ialah haiwan yang mampu mengeluarkan bunyi yang paling bising sekali. Ia mampu mengeluarkan bunyi yang mampu didengari oleh manusia yang berada sejauh 850 km darinya.
  • Haiwan apakah yang paling besar di muka bumi ini? Jawapan dinosaur adalah salah, kerana Ikan Paus Biru yang masih wujud sehingga kini adalah lebih besar dari dinosaur yang paling besar. Paus biru mempunyai berat sebanyak 150 tan atau 150 000 kilogram atau seberat 30 ekor gajah.
  • Jantung ikan paus biru hanya berdenyut 9 kali seminit.

  • Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
  • Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta bahagian air.
  • Bila ikan jerung menggigit, matanya bertukar hitam dan giginya terkeluar.

  • Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

  • Sotong raksasa mempunyai mata yang terbesar diantara semua binatang.

  • Tapak Sulaiman tak ada otak..!!! hua3x
  • Tapak Sulaiman boleh pusing perutnya keluar.

  • 95 % dari badan obor-obor adalah air.

  • Ikan lumba-lumba tidak bernafas secara automatik, sebaliknya mereka
    perlu memberitahu diri sendiri supaya bernafas.
  • Ikan lumba-lumba tidur dengan sebelah mata tertutup

  • Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya.

  • Nyamuk mengepakkan sayapnya sebanyak 500 kali dalam tempoh satu saat.
  • Menurut satu kajian, nyamuk lebih gemar menggigit kanak-kanak berbanding orang dewasa. Selain itu, serangga ini juga lebih gemar menggigit mereka yang berambut perang berbanding mereka yang berambut hitam atau kemerah-merahan!

  • Helang mempunyai jarak penglihatan yang terbaik di kalangan haiwan. Helang mampu melihat mangsanya pada jarak sejauh 3 km.

  • burung layang-layang mampu terbang sejauh 170 km (halaju 170 km/j). Harimau bintang terpantas dalam kategori haiwan darat terpantas iaitu dalam sejam ia mampu berlari sejauh 105 km.

  • Burung Belatuk sering membuat lubang di batang-batang pokok dengan mematuknya bertalu-talu. Tetapi tahukah anda, seekor burung belatuk dapat mematuk lubang 20 kali dalam masa satu saat..!!

  • Rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di
    Papua New Guniea, sayapnya lebih kurang 11 inci.
  • Deria rasa rama-rama di kakinya.

  • Mamalia terkecil di dunia adalah sejenis spesis kelawar di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.

  • Burung hantu adalah satu-satunya burung yang boleh lihat warna
    biru.

  • Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi
    tak boleh terbang.

  • Lalat bergerak ke belakang ketika mula-mula terbang

  • Lebah madu ada bulu pada matanya.

  • Permaisuri anai-anai boleh hidup sehingga 50 tahun dan melahirkan anak sebanyak 30,000 sehari.

  • Dianggarkan 80 peratus haiwan di muka bumi adalah serangga




    -haiwan-
    -manusia-
    -fakta am-
  • Google
     
    Web www.air-sun.blogspot.com